My Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Oct 14, 2011

Air Soya...



Banyak yg kite dengar... kalu preggy kene mnm air soya bebanyak... t anak putih, gebu....cun.... tp bnyk gak yg org kate.... tp kalau kulit je putih nak wat pe.. sbb t kulit bdk jd sensitip... cepat merah, ruam, gatal, nipis n mudah berdarah... mane sebenarnye yg betul? waaaahhhhh... aku dh ckp cm pengacare Nasi lemak kopi O la plk.. hahaha.... 

Isu kacang soya nie kalau korang bace kat internet.. mmng la isu yg agak kontroversi... Haaaa.. korang ingat artis je yg blh kontroversi? Okeh.. nie aku ade buat kajian sket... walaweh... kajian okeh... ko blh? hahaha.... kajian yg aku wat nie bkn la ape.. cume aku bace dkt blog2 doc yg suke tlis pasal kesihatan.... meh aku tepek kat sini acam bese.. tok korang2 pon tau gak.. JOOOMMMM LAYANNNNN~~~~

Kebaikan Air Soya

1 . Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.

2 . Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, 
-merupa 2 x lbh drpd kacang tanah, drpd susu, 3 x lbh drpd telur.

3 . Kaya dgn bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.

4. Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.

5 . Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

6. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein. Protien soya boleh mengurangakn risiko penyakit kanser dan jantung, sesuai juga untuk pesakit jantung dan kencing manis.

7 . Mudah dicerna mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.

8. Sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.

9.Isoflavin soya dipercayai dpt mmpertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, mmperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis.

10. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.


Keburukan Air Soya

1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

4. Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual(mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

5. 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

6. Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!

7. Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

8. Tinggi kandungan asid Phytic dalam soya yg menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat2 dlm makanan kita makan sehari2 x akan memberi manfaat kerana tak diserap oleh tubuh.

9. Tinggi Kandungan natural toxin iaitu antizat yg menghalang tugas enzim mencerna makanan dlm tubuh n toksin ini x dpt dimusnakan melalui proses memasak. Akibatnya kembung perut, kekurangan asid amino, kerosakan pankreas.

10. Soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~Niee dia.. air soya peberot guwe... huhuhu~





Secare keseluruhannye... kebaikan n keburukan mnm air kacang soya nie mcm lbh krng je... Actually aku pon suke mnm air soya... sdp n berlemak.. hehehe.... tp d sbbkan dh tau nie kan... so aku akan kurang2kan n amik secare sederhana... kan ade org kate... kalau mkn / mnm sesuatu tu jgn berlebih2 lebihan.... x nak mnm kacang soya... blh ganti ngn mkn tempe... Tempe tu wat goreng pon sodap!! so renung-renungkan dan slamat beramal.. :)

Muah
-Ain Laily-

1 comment:

  1. seramnyer bace keburukan dia... dah la kite suke minum soya~~.. uhuk2

    ReplyDelete