My Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Feb 12, 2014

Hotel tabung haji, penang

Masa p penang ri tu.. Kitorang dok kat hotel tabung haji... Hotel nie trletak kat Bayan Lepas... Agak cam jauh kedalam gak la nak mencarinya... Tp seb baik aku ade GPS yg paling bagus..a.k.a asben aku ler.. Hehehe..


Pape boleh rujuk kat website derang.. www.tabunghaji.gov.my

Meh aku story sket.. Mengikut yg aku baca la kan.. TH Hotel Penang mula beroperasi pada 3 Januari 1994. Pada tahun 2007, Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas telah dinaiktarafkan dengan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dengan kos RM 10.8juta. Dari hanya mempunyai 89 buah bilik biasa kini kompleks ini telah mempunyai 135 buah bilik (standard, superior, super deluxe dan suite), 1 ‘Restaurant', 1 ‘Ballroom (1000 pax)', 5 ‘Function Room'. Kini Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas telah menggunakan nama TH Hotel Penang sebagai langkah pertama penjenamaan semula.


Kat sini ade kompleks tabung haji tau.. Means korang blh p bank die cam biase.. weekdays siang... Ade ATM machine dll.. Kitorang ri tu saje nak try.. Mmng nk cari hotel yg islamic.. Kalau nak dok sini.. Blh booking kat agoda, booking.com atau trus p sane terjah.. Kalu utk gov servnt dpt harga lain.. Harga baikkk pnye.. Hehehe.. Hotel nie x de swimmng pool tau.. Kate islamic..x kn korang nk br bikini2 or swmng sut yg melekat tu kat sni plk kan.. Huhu..


Ni la bilik kitorang.. Sempat snap sblm d musnahkan oleh orkid n asben.. Bilik kitorang nie berhadapan dgn airport bayan lepas.. So murah sket la harga die.. Klu brhadapan dgn laut.. Kan view cun.. So mahal sket la.. Tp x jauh beze pon... Tiap bilik mmng akan d sediakan sejadah, alquran n penunjuk kiblat.. Bagus sgt... 

Bg kawan2 yg nak bercuti kat sini.. 1 je nasihat...kene ade GPS, waze, papago ke n seangkatan dgn nye.. 

 

Feb 6, 2014

Torte choc badam


Torte Coklat Badam ( PastriBella )


Salam, bnyak plk kwn2 tanya resepi kek nie... Actually aku pon bru 2 kali je buat.. Tu pon sbb tertengok PastriBella Astro.. Meleleh je air liur tngk... Pe g... gigih la cari resepi Torte Coklat Badam kt page Ezani Masterchef... Ade bnyk g resepi yg die sharekan...tp tuk kek ni..aku dh siap2 copy paste tuk kwn2..slmt mncube ;) 


Bahan-bahan kek:

100g mentega

140g coklat hitam

6 biji telur, diasingkan putih dan kuning

140g badam kisar/serbuk badam

85g gula castor


Bahan-bahan ganache coklat:

150g coklat hitam

150ml krim memasak/krim putar


1. Panaskan ketuhar ke suhu 170 darjah C. Sediakan tin pembakar kek “springform” berukuran 20cm. Alaskan dasarnya dengan kertas pembakar dan sapukan mentega di seluruh bahagian dalam tin.

2. Untuk menyediakan kek, pecah-pecahkan coklat hitam dan cairkan bersama mentega di dalam mangkuk tahan panas yang diletakkan di atas air mereneh (double boil). Kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk seketika (5 minit).

3. Masukkan kuning telur dan serbuk badam ke dalam campuran coklat dan kacau sehingga sebati.

4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga kembang sedikit (soft peak). Masukkan gula kastor dan pukul sehingga kembang sepenuhnya (stiff peak).

5. Campurkan sepertiga putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan coklat dan badam. Lebihan putih telur dikaup balikkan ke dalam adunan kek dengan perlahan-lahan.

6. Tuangkan adunan kek ke dalam tin pembakar dan bakar di dalam ketuhar selama 35-45 minit sehingga kek naik dan permukaan atasnya kering. Bahagian dalam akan masih basah lagi jika dicucuk dengan lidi, tetapi tidak mengapa. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Jangan risau jika kek mendap dan merekah.

7. Keluarkan kek dari tin dan tanggalkan kertas pembakar. Letakkan kek di atas pinggan hidang.

8. Sediakan ganache. Potong coklat hitam dan masukkan ke dalam mangkuk.

9. Panaskan krim di dalam periuk kecil sehingga mendidih.

10. Tuangkan krim yang telah dipanaskan tadi ke atas coklat, biarkan selama 5 minit, kemudian kacau sehingga ganache licin dan berkilat. 

11. Tuangkan ganache ke atas kek. 

12. Untuk menghias kek, lebihan ganache boleh disejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras sedikit, kemudian pukul ganache dengan pemukul elektrik sehingga gebu dan bolehlah dipaipkan bentuk rosette di atas kek.



#pastribella #pastribelladrezanimasterchef