My Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Feb 6, 2014

Torte choc badam


Torte Coklat Badam ( PastriBella )


Salam, bnyak plk kwn2 tanya resepi kek nie... Actually aku pon bru 2 kali je buat.. Tu pon sbb tertengok PastriBella Astro.. Meleleh je air liur tngk... Pe g... gigih la cari resepi Torte Coklat Badam kt page Ezani Masterchef... Ade bnyk g resepi yg die sharekan...tp tuk kek ni..aku dh siap2 copy paste tuk kwn2..slmt mncube ;) 


Bahan-bahan kek:

100g mentega

140g coklat hitam

6 biji telur, diasingkan putih dan kuning

140g badam kisar/serbuk badam

85g gula castor


Bahan-bahan ganache coklat:

150g coklat hitam

150ml krim memasak/krim putar


1. Panaskan ketuhar ke suhu 170 darjah C. Sediakan tin pembakar kek “springform” berukuran 20cm. Alaskan dasarnya dengan kertas pembakar dan sapukan mentega di seluruh bahagian dalam tin.

2. Untuk menyediakan kek, pecah-pecahkan coklat hitam dan cairkan bersama mentega di dalam mangkuk tahan panas yang diletakkan di atas air mereneh (double boil). Kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk seketika (5 minit).

3. Masukkan kuning telur dan serbuk badam ke dalam campuran coklat dan kacau sehingga sebati.

4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga kembang sedikit (soft peak). Masukkan gula kastor dan pukul sehingga kembang sepenuhnya (stiff peak).

5. Campurkan sepertiga putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan coklat dan badam. Lebihan putih telur dikaup balikkan ke dalam adunan kek dengan perlahan-lahan.

6. Tuangkan adunan kek ke dalam tin pembakar dan bakar di dalam ketuhar selama 35-45 minit sehingga kek naik dan permukaan atasnya kering. Bahagian dalam akan masih basah lagi jika dicucuk dengan lidi, tetapi tidak mengapa. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Jangan risau jika kek mendap dan merekah.

7. Keluarkan kek dari tin dan tanggalkan kertas pembakar. Letakkan kek di atas pinggan hidang.

8. Sediakan ganache. Potong coklat hitam dan masukkan ke dalam mangkuk.

9. Panaskan krim di dalam periuk kecil sehingga mendidih.

10. Tuangkan krim yang telah dipanaskan tadi ke atas coklat, biarkan selama 5 minit, kemudian kacau sehingga ganache licin dan berkilat. 

11. Tuangkan ganache ke atas kek. 

12. Untuk menghias kek, lebihan ganache boleh disejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras sedikit, kemudian pukul ganache dengan pemukul elektrik sehingga gebu dan bolehlah dipaipkan bentuk rosette di atas kek.



#pastribella #pastribelladrezanimasterchef 

No comments:

Post a Comment