My Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nov 1, 2012

Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua



Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua ini juga dikenali sebagai BR1M 2.0.Menariknya kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas

Rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti syarat permohonan yang dinyatakan dibawah boleh mendaftar

Isi Rumah
Syarat
Bantuan RM500
Warganegara Malaysia
Berpendapatan kasar RM3,000 sebulan ke bawah
Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas

Untuk info,penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua. Mereka telah layak secara automatik

Definasi Isi Rumah
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
·         Berkahwin
·         Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
·         Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)






Individu (Bujang) berumur 21 tahun keatas berpendapatan RM2000 ke bawah layak menerima bantuan RM250


Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun duda
Syarat
Bantuan RM250



Warganegara Malaysia
Berumur 21 tahun ke atas
Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
Tidak mempunyai tanggungan
Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya
·         Salinan kad pengenalan
·         Penyata/slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji

Borang boleh di dapati secara percuma menerusi
·         Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
·         Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
·         Jabatan Pembangunan Persekutuan
·         Jabatan Kebajikan Masyarakat
·         Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan

Perdaftaran secara online (sistem dalam talian) bagi bantuan tunai RM500 (Isi Rumah) dan bantuan tunai RM250 (Individu Bujang) mahupun pengemaskinian BR1M 1.0 boleh dilakukan dengan klik pada pautan (link) dibawah




No comments:

Post a Comment