Buat renungan
kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.
Anak kita adalah cermin diri kita……..
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun
(preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang
dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah
ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.
Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat
mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu
bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan
alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat
terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka
juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat
memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.
Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling
barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan)
kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa
sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang
dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk
tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih
sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi
anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.
Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya
secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan
dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa
kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat
penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan
mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama
anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama
tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya
seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia
serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main
dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur
dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang
diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar
boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya
kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh
tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak
menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by
listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita
kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan
meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani
adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak
dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka
menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai
personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika
anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya,
bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan
kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh
mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan
boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali
sehingga dia letih.
Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit
kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti
menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya
semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.
Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan
dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai
positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana
kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama
tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat
positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian
tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan
setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat
negatifnya.
Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif
yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh
juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan
nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan
bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.
Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu
kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan.
Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada
negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil
imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan
berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3
Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan
syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi
yang serba mencabar.
Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak
dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh
keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan
apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.
Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan.
Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak.
Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan
cara-cara menghadapinya.
Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan
kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan
membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.
No comments:
Post a Comment